Posts

PENGENALAN AHLI KUMPULAN

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ DAN SALAM SEJAHTERA . Menulis itu sukar. Tiada orang dilahirkan dengan bakat menulis. Apatah lagi untuk menulis artikel berkualiti dan sedap dibaca. Ia adalah salah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh ramai orang yang ingin menulis.Selamat menimba ilmu! NAMA AHLI KUMPULAN : 1)NURUL 'AAINAA ATHIRAH BINTI ABD RAHMAN (16DAT17F1003) 2)NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL NASIR (16DAT17F1009) 3)NUR SABRINA BINTI ZAHARI (16DAT17F1020) 4)ARNYSYA AZLEEN BINTI ALIAS (16DAT17F1023) NAMA PENSYARAH SITI AISHAH BINTI OTHMAN DUA2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM E-FOLIO SEMOGA ANDA MENGGUNAKAN MEDIUM BLOG KAMI DENGAN BERMANFAAT  .                                                  ENJOYYYYY.......................................

PENGENALAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Image
Pengurusan Islam merupakan proses penting bagi mengendalikan manusia , organisasi dan matlamat pengurusan Islam yang hendak dicapai berlandaskan Al-quran dan hadis . Pengurusan Islam merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan pendekatan Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dan bersepadu dalam melaksanakan pengurusan Islam ia merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di muka bumi yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. Affendi Hassan berpendapat bahawa pengurusan Islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber , melalui perancangan , arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasi mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam Islam . Sistem pengurusan Islam , sistem yang sangat lengkap dan sistematik kerana ia berpandukan  Al-quran dan sunnah . Pengurusan Islam memainkan peranan penting dalam membentuk dan melahirkan pengurus , ketua , pemakmur alam mengikut kerangka berfikir , nilai dan prinsip Islam . Sesebuah organisasi p...

PENGENALAN AL-MUSAWAH

Image
AL-MUSAWAH Prinsip Al-Musawah                 Al-Musawah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah mengenai persamaan taraf daan kedudukan setiap pentadbir, pengurus ataupun setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan. Semua manusia berasal daripada satu keturunan yang sama dan hanya berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan sahaja. Firman Allah S.W.T. " Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya , semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertaqwa." Surah Al-Hujurat ayat 13 RUJUKAN :   http://untukustazah.blogspot.my/2015/10/prinsip-al-musawah.html

ISU PERSAMAAN HAK

Image
Setelah memahami apa itu al-Musawah , kita teruskan dengan topik  Isu Persamaan Hak  yang sering dibangkitkan dalam kehidupan harian tanpa kita sedari . Sistem kasta mengundang pelbagai masalah terhadap masyarakat serta mencetuskan perbalahan dan persengketaan yang mungkin berpanjangan. Maka, manusia seharusnya diberi persamaan dari segi tanggungjawab terhadap undang-undang , hukuman serta agihan penerimaan kemudahan-kemudahan . Antara isu al-Musawah atau persamaan yang berlaku secara umumnya ialah :- ❤   Tanggungjawab terhadap undang-undang Semua manusia terikat dengan peruntukan undang-undang yang sama tanpa membezakan bangsa , keturunan , pangkat , warna kulit dan lain-lain. Undang-undang tidak boleh digubal hanya untuk dikuatkuasakan kepada golongan atau bangsa terdahulu . ❤   Tanggungjawab terhadap hukuman Semua manusia mesti dipertanggungjawabkan dengan hukuman yang telah dijatuhkan tanpa mengira kedudukan , taraf , warna kulit , bangsa ata...

ISU DISKRIMINASI DI MALAYSIA

Image
Isu diskriminasi di Malaysia pernah berlaku antara tahun 1990-an dahulu . Anda semua pasti pernah mendengar mengenai isu Gerakan Feminisme di Malaysia . Namun , kita sendiri tidak tahu dengan jelas mengenai gerakan ini . Oleh itu , kami ingin kongsikan sebuah artikel tentang Gerakan Feminisme di Malaysia. Gerakan feminisme di Malaysia SEBAGAIMANA yang diketahui, terdapat pelbagai corak feminisme di dunia ini misalnya  socialist feminism, radical feminism, radical lesbian feminism dan moderate feminism . Antara kesemua corak feminisme yang di atas, corak  radical lesbian feminism  bukan sahaja asing dalam budaya timur malah ditentang oleh pelbagai golongan di barat. Ini kerana pendukung idea gerakan itu sering mendesak pemisahan antara lelaki dan wanita kepada dua masyarakat yang berbeza. Bukan itu sahaja, mereka mendakwa lelaki itu perosak, bahkan secara intelektual dan moralnya, wanita adalah lebih  superior  berbanding dengan lelaki. Kalau kita amat-a...

ISU DISKRIMINASI DARI SEGI PANDANGAN ISLAM

Image
Diskriminasi  merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu,   di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat Malaysia   . Ia berpunca daripada kecederungan manusia untuk membeza-bezakan manusia . Sejak zaman Jahiliyah lagi isu diskriminasi terhadap golongan wanita dibangkitkan . Namun , setelah datangnya Islam , isu ini tidak lagi menjadikan wanita sebagai golongan yang teraniaya . SEBELUM ISLAM DATANG (ZAMAN JAHILIYAH)  Diskriminasi terhadap kaum wanita Masyarakat Arab terang-terangan menolak atas kelahiran bayi wanita Membiarkan tetap hidup dalam kehinaan dan kesengsaraan SELEPAS KEDATANGAN ISLAM Tidak ada diskriminasi terhadap wanita Wanita memiliki kedudukan yang mulia dan terhormat RUJUKAN :  https://www.google.com/search?biw=1366&bih=613&tbm=isch&sa=1&ei=y6GOWrzFJYn2...

PERSAMAAN HAK LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM

Image
  Penjelasan ini akan memperjelaskan persamaan antara lelaki dan wanita antaranya seperti berikut :   1. TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH.             Merupakan persamaan yang paling utama antara lelaki dan wanita,tanggungjawab ini adalah amalan yang besar yang tidak terpikul oleh lelaki.Suatu amalan yang terlalu besar iaitu hijrah dengan kerelaan , hijrah kerana pengusiran , menanggung kesukaran di jalan Allah , menyampaikan manhaj Ilahi yang tidak lain tidak bukan lelaki dan wanitalah yang bersama-sama memikul tanggungjawab tersebut . Antara lain persamaan tersebut boleh dilihat dalam beberapa perkara iaitu : 1.Melakukan amalan   ☺  Menunaikan kewajipan solat    ☺ Menunaikan kewajpan berpuasa     ☺ Menunaikan zakat   ☺ Menunaikan haji   ☺ Menuntut ilmu   ☺ Mengajar @ mendidik   ☺ Bekerja 2. PAHALA DAN DOSA.     ...