ISU PERSAMAAN HAK
Setelah
memahami apa itu al-Musawah , kita teruskan dengan topik Isu Persamaan
Hak yang sering dibangkitkan dalam kehidupan harian tanpa kita sedari
. Sistem kasta mengundang pelbagai masalah terhadap masyarakat serta
mencetuskan perbalahan dan persengketaan yang mungkin berpanjangan. Maka,
manusia seharusnya diberi persamaan dari segi tanggungjawab terhadap
undang-undang , hukuman serta agihan penerimaan kemudahan-kemudahan .
Antara isu
al-Musawah atau persamaan yang berlaku secara umumnya ialah :-
❤ Tanggungjawab terhadap undang-undang
Semua manusia terikat dengan peruntukan undang-undang yang sama tanpa membezakan bangsa , keturunan , pangkat , warna kulit dan lain-lain. Undang-undang tidak boleh digubal hanya untuk dikuatkuasakan kepada golongan atau bangsa terdahulu .
❤ Tanggungjawab terhadap hukuman
Semua manusia mesti dipertanggungjawabkan dengan hukuman yang telah dijatuhkan tanpa mengira kedudukan , taraf , warna kulit , bangsa ataupun keturunan seseorang . Semua manusia terikat dengan undang-undang , peraturan dan hukuman yang sama . Hukuman tidak boleh dijatuhkan berbeza dengan mengikut taraf dan darjat seseorang .
❤ Agihan dan penerimaan kemudahan
Kemudahan yang telah diiktirafkan sebagai kemudahan awam seperti sekolah , hospital , jalan raya serta taman permainan dan sebagainya haruslah dikongsi bersama . Penafian terhadap hak ini akan menimbulkan konflik sosial yang mengakibatkan kesan negatif seperti rusuhan kaum dan tunjuk perasaan.
❤ Layanan dan menghormati
Semua manusia hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan , kerana setiap manusia mempunyai maruah , kecenderungan dan sifat serta citarasa yang tersendiri . Misalnya , bekerja dalam sebuah organisasi , sebagai seorang ketua janganlah menindas pekerja dan salinglah menghormati antara satu sama lain .

Comments
Post a Comment