AL-MUSAWAH Prinsip Al-Musawah Al-Musawah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah mengenai persamaan taraf daan kedudukan setiap pentadbir, pengurus ataupun setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan. Semua manusia berasal daripada satu keturunan yang sama dan hanya berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan sahaja. Firman Allah S.W.T. " Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya , semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertaqwa." Surah Al-Hujurat ayat 13 RUJUKAN : http://untukustazah.blogspot.my/2015/10/prinsip-al-musawah.html
Comments
Post a Comment