PERSAMAAN HAK LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM
Penjelasan
ini akan memperjelaskan persamaan antara lelaki dan wanita antaranya seperti
berikut :
1.
TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH.
Merupakan
persamaan yang paling utama antara lelaki dan wanita,tanggungjawab ini adalah
amalan yang besar yang tidak terpikul oleh lelaki.Suatu amalan yang terlalu
besar iaitu hijrah dengan kerelaan , hijrah kerana pengusiran , menanggung
kesukaran di jalan Allah , menyampaikan manhaj Ilahi yang tidak lain tidak
bukan lelaki dan wanitalah yang bersama-sama memikul tanggungjawab tersebut .
Antara lain persamaan tersebut boleh dilihat dalam
beberapa perkara iaitu :
1.Melakukan amalan
☺ Menunaikan kewajipan solat
☺ Menunaikan kewajpan berpuasa
☺ Menunaikan zakat
☺ Menunaikan haji
☺ Menuntut ilmu
☺ Mengajar @ mendidik
☺ Bekerja
2. PAHALA DAN DOSA.
Persoalan pahala dan dosa bagi kita sebagai orang Islam
berkewajipan mempercayainya . Dosa dan pahala ini merupakan balasan yang
diberikan oleh Allah kepada kita sebagai balasan terhadap amalan-amalan yang
kita lakukan . Maka disana wujud persamaan bagi lelaki dan perempuan dalam
menerima dosa dan pahala ini serta balasan diatas kebaikan dan kejahatan yang
kita lakukan .
Oleh itu bolehlah kita bahagikan kepada dua persoalan
utama iaitu :
☺ Tabiat yang sama dalam
melakukan kebaikan
☺ Tabiat yang sama dalam
melakukan kejahatan
☺ Ketetapan bersama
( ketetapan yang telah diletakkan oleh Allah kepada lelaki dan wanita yang
boleh disimpulkan iaitu ketetapan qada' dan qadar dari Allah taala. )
3.TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Tanggungjawab merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan samaada bagi kaum
lelaki ataupun wanita . Dalam Islam , wanita juga mempunyai tanggungjawab
tersendiri , antaranya :
1.Menyuarakan pendapat
☺ Hak wanita dalam menentukan kadar
mahar
☺ Wanita berhak memberi keputusan
dalam perkahwinan
☺ Hak berumahtangga
2.Tanggungjawab memelihara harta (persamaan dalam
peninggalan harta sama ada lelaki atau wanita)
3.Kebebasan individu
☺ Melayani tetamu
☺ Melamar lelaki
☺ Melihat lelaki ajnabi
☺ Berbicara dengan lelaki

Comments
Post a Comment